Rabu, 15 Julai 2026
spot_img
Main Menu MYBERITA
Pilihan RayaTok Mat kekal di Rantau, BN pertaruh muka baharu cabar PH di...

Tok Mat kekal di Rantau, BN pertaruh muka baharu cabar PH di Negeri Sembilan

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mengumumkan barisan calon yang bakal membawa cabaran gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 dengan mengekalkan Datuk Seri Mohamad Hasan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, selain mempertaruhkan beberapa muka baharu di kerusi strategik.

Pengumuman senarai calon itu dibuat Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN di perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, hari ini yang dihadiri barisan kepimpinan parti serta ribuan penyokong.

Turut mencuri tumpuan ialah keputusan BN mempertaruhkan Mohd Faizal Ramli di DUN Linggi, yang bakal menyaksikannya berdepan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam antara pertembungan paling dinanti pada PRN kali ini.

Mohamad berkata, semua calon dipilih berdasarkan kemampuan, pengalaman serta komitmen untuk berkhidmat kepada rakyat dan membawa kemenangan kepada BN.

“Saya yakin calon-calon yang dipilih mampu memikul amanah rakyat dan bekerja sebagai satu pasukan untuk mengembalikan mandat kepada Barisan Nasional di Negeri Sembilan,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

PRN Negeri Sembilan kali ini membabitkan pertandingan bagi kesemua 36 kerusi DUN dengan 19 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Julai 2026 sebagai hari penamaan calon, 28 Julai 2026 sebagai hari mengundi awal, manakala hari pengundian ditetapkan pada 1 Ogos 2026.

BN berdepan cabaran untuk merampas semula pentadbiran Negeri Sembilan yang ketika ini diterajui Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

-Iklan-
ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-