TMJ impi bekas pemain negara pimpin FAM, ucap tahniah kepada Harris Harun

KUALA LUMPUR – Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta\’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail (TMJ) melahirkan harapan agar suatu hari nanti bekas pemain bola sepak negara dapat memimpin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Pemangku Sultan Johor itu menyuarakan pandangan tersebut menerusi ciapan di Twitter, sebagai reaksi kepada pelantikan rasmi bekas pemain JDT dan kapten pasukan kebangsaan Singapura, Harris Harun, sebagai Naib Presiden Persatuan Bolasepak Singapura (FAS).

Menurut TMJ, Harris yang kini beraksi bersama kelab Lion City Sailors (LCS) di Singapura, sememangnya layak memegang jawatan penting itu.

\”Keputusan terbaik dan memang layak. Seorang yang profesional dan insan yang hebat. Semoga suatu hari nanti bekas pemain bola sepak Malaysia akan memimpin FAM. Insha\’Allah,\” tulisnya.

Pelantikan Harris diumumkan menerusi Kongres Luar Biasa FAS yang berlangsung semalam, yang turut menyaksikan usahawan teknologi serta pemilik LCS, Forrest Li, dilantik sebagai presiden badan induk bola sepak itu.

Selain Harris, tiga lagi Naib Presiden FAS yang baharu ialah Pengerusi Hougang United, Bill Ng; Pengurus Besar LCS, Tan Li Yu dan Ketua Staf Burnley FC, Sean Bai, manakala Pengerusi Tampines Rovers, Desmond Ong dilantik sebagai Timbalan Presiden.

Menariknya, Harris dipilih menggalas jawatan Naib Presiden ketika masih aktif bermain bersama Singapura dan LCS, menjadikannya antara segelintir pemain aktif yang memegang jawatan pentadbiran tertinggi dalam bola sepak negaranya.

BACA JUGA:  Gempa bumi lemah 3.4 magnitud gegar Segamat, kejadian keempat sejak Ahad
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...