Selasa | 27/10/2026 | 5:59:21 pm
HomeSemasaSri Pahang sah tarik diri daripada Liga Super musim 2025 2026

Sri Pahang sah tarik diri daripada Liga Super musim 2025 2026

KUANTAN – Finalis Piala Malaysia, Sri Pahang FC, secara rasmi mengesahkan penarikan diri daripada saingan Liga Super musim 2025/2026 meskipun telah mendapat lesen kebangsaan daripada badan bebas First Instance Body (FIB).

Perkara itu dimaklumkan menerusi surat rasmi bertarikh 16 Jun 2025 yang dihantar oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dengan perkenan Pengerusi Sri Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Dato’ Mohammed Suffian Awang berkata, keputusan ini turut memberikan kebebasan kepada semua pemain untuk mencari pasukan baharu demi meneruskan karier mereka.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 27 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|