Macron umum Perancis iktiraf kenegaraan Palestin September ini

PARIS – Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengumumkan bahawa negaranya akan mengiktiraf negara Palestin secara rasmi dalam satu ucapan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dijadualkan berlangsung September ini.

Menerusi satu hantaran di platform media sosial X, Macron berkata langkah tersebut adalah selaras dengan komitmen bersejarah Perancis terhadap usaha mencapai keamanan yang adil dan berkekalan di rantau Asia Barat.

“Selaras dengan komitmen sejarah Perancis terhadap keamanan yang adil dan berkekalan di Asia Barat, saya telah membuat keputusan bahawa Perancis akan mengiktiraf negara Palestin,” katanya.

Macron turut menegaskan kepentingan menghentikan segera konflik di Gaza serta memberi perlindungan kepada penduduk awam.

“Kita mesti mencapai gencatan senjata serta-merta, membuka akses kepada bantuan kemanusiaan, membebaskan semua tebusan, dan memastikan pelucutan senjata Hamas,” katanya.

Beliau menambah bahawa pembentukan negara Palestin yang berdaya saing, berdaya tahan dan aman adalah satu-satunya jalan ke arah keselamatan serantau yang berkekalan.

“Kita mesti membina negara Palestin yang mampan dan mengiktiraf sepenuhnya kewujudan Israel. Pelucutan senjata dan penyelesaian dua negara adalah satu-satunya pilihan yang wajar,” ujar Macron.

Sementara itu, Menteri Luar Perancis, Jean-Noel Barrot memaklumkan bahawa Konsul Perancis di Baitulmaqdis telah menyerahkan sepucuk surat daripada Macron kepada Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas sebagai tanda komitmen rasmi.

Barrot dijadualkan mengesahkan komitmen tersebut secara terbuka dalam sesi PBB pada Isnin hadapan.

Naib Presiden PA, Hussein Al Sheikh turut mengucapkan penghargaan kepada Macron menerusi hantaran di platform X, dan menyifatkan tindakan itu sebagai satu sokongan besar terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan masa depan mereka.

BACA JUGA:  Sharnaaz Ahmad seronok hidup solo, serah urusan jodoh pada Allah
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...