“Kalau dah kahwin, pastikan saya isteri pertama”, Daiyan Trisha nafi jadi isteri keempat

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi terkenal, Daiyan Trisha, menafikan dakwaan kononnya dia sudah mendirikan rumah tangga dan bergelar isteri keempat kepada seorang kenamaan, seperti yang tersebar baru-baru ini.

Daiyan, atau nama penuhnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 32, berkata gosip itu tidak memberi tekanan kepadanya kerana sudah terbiasa berdepan dengan pelbagai spekulasi.

“Saya terkejut bila ditanya, sebab benda ini kelakar dan saya hanya mampu gelak.

“Orang sebelum ini pernah kata saya dibela, ada ‘sugar daddy’ dan terbaru pula dikaitkan sebagai isteri keempat. Semuanya termasuk dalam kategori cerita rekaan.

“Saya masih bujang. Kalau betul saya kahwin, saya pastikan diri saya isteri pertama sebab itu syarat wajib,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya lagi, spekulasi timbul mungkin kerana gaya hidupnya yang dianggap mewah termasuk memiliki rumah banglo.

“Semua ini timbul sebab rumah saya dan dakwaan kononnya saya ada banyak duit seperti ada pihak lain yang menaja. Kalau sudah kahwin, orang akan tahu. Insya-Allah, saya sendiri akan umumkan. Apa yang saya ada sekarang adalah hasil titik peluh dan kerja keras saya,” jelasnya.

Dalam masa sama, Daiyan menganggap dakwaan itu berbahaya kerana boleh membawa fitnah.

“Saya rasa mungkin sebab cakap-cakap orang sekeliling sampai jadi cerita. Banyak lagi benda pelik saya dengar, tapi saya bukan artis penuh kontroversi pun,” ujarnya.

Terdahulu, nama Daiyan menjadi perhatian apabila tular artikel mendakwa seorang selebriti wanita tempatan sudah bernikah dengan seorang kenamaan.

BACA JUGA:  Keputusan kemasukan Universiti Awam lepasan STPM/Setaraf diumum Jumaat
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...