Anwar luluskan RM500,000 bantu persatuan penjaja, peniaga kecil melayu

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 kepada Gabungan Persatuan-persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM) bagi memastikan kelangsungan program serta aktiviti gabungan itu berjalan lancar.

Anwar berkata, kerajaan tidak mahu sebarang kekangan kewangan menjejaskan usaha persatuan berkenaan dalam memperkasakan golongan penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara.

“Saya percaya tidak seharusnya ada halangan yang mengganggu perjalanan program yang telah disusun. Jadi, saya luluskan RM500,000 untuk membantu gabungan ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Jubli Emas GPPPKMM yang diadakan di ibu negara, malam tadi.

Beliau turut berharap dana itu dapat digunakan dengan sebaiknya bagi memberi manfaat kepada semua ahli gabungan, sekali gus menyemarakkan lagi semangat keusahawanan dalam kalangan peniaga kecil Melayu.

BACA JUGA:  Aksi 20 mat motor kepung Myvi tular, polis buru pemandu motosikal terlibat
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...