KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumah sejak Ahad lalu dan masih belum pulang sehingga kini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Jay January Siowou berkata, remaja terbabit dikenali sebagai Nur Syamimi Husna Mohd Fikry dan laporan kehilangan telah dibuat oleh ibunya selepas dia tidak kembali ke rumah mereka di Nibong Tebal.
“Pihak polis sedang mengesan remaja berkenaan bagi membantu siasatan dan usaha pencarian sedang giat dijalankan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat individu berkenaan diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah, Sarjan D. Surianah binti Jamlah di talian 014-8696851 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan, Rabu ini.

