Sabtu | 15 November 2025
spot_img

‘Event’ paling ‘Red Hot’ tahun ini, AirAsia Hausboom Festival 2025 janjikan kejutan paling gempak

KUALA LUMPUR – Menjayakan sesuatu secara konsisten bukanlah mudah, namun Hausboom sekali lagi membuktikan kemampuan mereka apabila mengumumkan penganjuran AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink yang bakal berlangsung pada 11 dan 12 Oktober ini di MAEPS, Serdang.

Festival muzik dan gaya hidup terbesar tanah air itu tahun ini tampil lebih berani dan segar dengan konsep baharu, “Paint the Town Red”, simbolik kepada tenaga, semangat dan keberanian.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom, Azri Zahier Azmi, kerjasama bersama Hotlink yang memasuki tahun kedua ini membolehkan pengunjung festival menikmati nilai tambah yang lebih besar. Hotlink bakal memperkenalkan empat tin Hausboom edisi terhad dengan imbasan QR yang menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif, selain booth interaktif sepanjang festival dengan cabutan bertuah, hadiah harian dan pelbagai aktiviti menyeronokkan.

“Hausboom turut menggandakan tarikan dengan pengumuman kerjasama bersama Perodua, di mana setiap pemegang tiket festival berpeluang membawa pulang sebuah Perodua Ativa baharu menerusi cabutan bertuah yang akan diumumkan secara langsung di pentas utama. Selain itu, julung kali, Hausboom bekerjasama dengan KL Foodie untuk menganjurkan Hausboom KL Foodie Fest yang menghimpunkan lebih 100 vendor makanan unik dan menarik,” katanya.

Penganjuran kali ini turut memperlihatkan kolaborasi strategik bersama AirAsia sebagai rakan utama, menjadikan festival ini bukan sekadar acara muzik, sebaliknya sebuah pengalaman hiburan menyeluruh merangkumi gaya hidup, makanan, fesyen dan pelbagai aktiviti interaktif. Lebih menarik, Hausboom melancarkan kempen AirAsia x Hausboom: Scan & Win dengan label edisi khas pada kesemua sembilan perisa minuman mereka.

QR Code unik yang terdapat pada botol boleh diimbas untuk peluang memenangi pelbagai hadiah, termasuk tiket penerbangan tanpa had selama setahun, tiket pergi-balik ke 18 destinasi, baucar AirAsia MOVE, hadiah tunai sehingga RM50,000 dan tiket masuk percuma ke festival.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia, Amanda Woo, menegaskan penglibatan AirAsia bukan sekadar penjenamaan, sebaliknya sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan dengan komuniti muzik dan hiburan serantau.

“Muzik adalah sebahagian daripada DNA AirAsia. Tahun ini sahaja kami terlibat dengan lebih 10 festival di rantau ini. Kolaborasi dengan Hausboom adalah padanan tepat untuk meraikan bakat tempatan sambil menghubungkan peminat muzik dari seluruh ASEAN,” katanya.

Selain pentas utama yang bakal menampilkan barisan nama besar tanah air seperti Dato’ M. Nasir, Dato’ Jamal Abdillah, Ella, Def-Gab-C, Slam, Noh Salleh & Restoe Iboe, Bunkface, K-Clique, Spider, Salammusik dan Gerhana Skacinta, festival ini turut membawa artis serantau dari Indonesia termasuk Samsons, Bernadya, Kunto Aji, Feby Putri, Nadhif Basalamah dan Ghea Indrawari. Artis generasi baharu seperti Dolla, Insomniacks, No Good, Benzooloo, Slatan, Margasatwa, DJ Fuzz dan ramai lagi juga bakal menghangatkan suasana, menjadikan festival ini pentas pertembungan legenda dan bakat segar.

Bagi peminat fesyen jalanan, Hausboom Lokal Fest 2025 bakal menampilkan lebih 80 jenama tempatan dan antarabangsa, termasuk SVG, Makerz, Kyrex, The Cap City, serta jenama eksklusif hasil kerjasama dengan SOVO. Kehadiran 7-Eleven sebagai rakan rasmi kedai serbaneka pula melengkapkan pengalaman pengunjung dengan pelbagai kemudahan makanan dan minuman sepanjang festival.

Tiket telah mula dijual dengan harga bermula RM119 (General Admission), RM299 (Rockzone) dan RM1,200 (VVIP) yang menawarkan akses premium termasuk premium view deck, makanan dan minuman percuma, tandas peribadi serta laluan ekspres.

Dengan gabungan muzik, gaya hidup, makanan, fesyen serta ganjaran lumayan, AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink dijangka menjadi festival paling ikonik tahun ini dan destinasi hiburan yang tidak boleh dilepaskan oleh peminat seni, budaya dan gaya hidup moden.

Adam Taqiuddin
Adam Taqiuddin
adamtaqiuddin@portalmyberita.com
ARTIKEL BERKAITAN
Iklan