Rabu | 23/09/2026 | 3:31:40 am
HomeDuniaKim Jong-kook 'dah' kahwin, identiti isteri kekal rahsia

Kim Jong-kook ‘dah’ kahwin, identiti isteri kekal rahsia

SEOUL — Penyanyi terkenal Korea Selatan yang juga ahli program realiti popular Running Man, Kim Jong-kook, 49, selamat melangsungkan perkahwinannya dalam sebuah majlis sederhana di Seoul, pada Jumaat.

Majlis itu hanya dihadiri keluarga terdekat serta rakan-rakan rapat, dengan pengacara tersohor Yoo Jae-suk diberi kepercayaan mengemudi acara berkenaan.

Bagaimanapun, Jong-kook masih memilih untuk tidak mendedahkan identiti isterinya yang difahamkan bukan daripada kalangan selebriti.

Terdahulu, Jong-kook mengejutkan peminat apabila mengumumkan berita bakal menamatkan zaman bujang menerusi sepucuk surat yang ditulis khas buat peminat, bersempena ulang tahun ke-30 penglibatannya dalam dunia seni.

Dalam surat itu, beliau turut memohon agar peminat terus memberikan sokongan kepadanya ketika melangkah ke fasa baharu kehidupan berumah tangga.

Perkahwinan ini sekali gus menamatkan spekulasi serta penantian panjang peminat yang sering tertanya-tanya mengenai kisah cinta dan jodoh figura kesayangan ramai itu. – MYBERITA

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITAhttps://portalmyberita.com/
Wartawan MYBERITA membawakan laporan berita semasa, nasional dan perkembangan terkini dari seluruh Malaysia dengan penyampaian yang pantas, tepat dan mudah difahami.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Rabu, 23 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|