Editor video Astro Awani maut, motosikal terbabas di NKVE

KUALA LUMPUR – Seorang editor video Astro Awani maut selepas motosikal ditungganginya terbabas sendiri dan melanggar penghadang jalan di Kilometer 457.1 Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) hala selatan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 10.49 malam.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira pukul 10.05 malam ketika mangsa, Mohd. Kusairi Ishak, 52, menunggang motosikal jenis Ducati dari Tapah untuk pulang ke kediamannya di Bangsar.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan di bahagian kanan lebuh raya.

“Akibat perlanggaran tersebut, mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dari Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shamsudin berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan bedah siasat dijadualkan dijalankan pada pukul 9 pagi hari ini.

Tambah beliau, motosikal mangsa mengalami pelbagai kerosakan dan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk pemeriksaan lanjut termasuk ujian kimia serta pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

BACA JUGA:  23 wira GSF dijangka tiba di KLIA 9:45 malam ini
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...