[VIDEO] TokTi senak perut tengok 65,000 peminat banjiri SNBJ

KUALA LUMPUR – “Senak perut saya tengok pemandangan ribuan peminat,” demikian ucapan pembukaan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mencuit hati penonton pada Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam tadi.

Siti membuka tirai konsert penuh bersejarah itu dengan lagu Purnama Merindui sambil membuat kemunculan dramatik di atas kren, sebelum meneruskan persembahan dengan lagu Dialah Di Hati, sekali gus mencetuskan sorakan gemuruh lebih 60,000 peminat yang membanjiri stadium ikonik berkenaan.

@zulfikrisabri Ini bukan konsert. Ini sejarah. Legend tetap legend ✨ #SitiNurhaliza #legacy30sitinurhaliza ♬ original sound – Zulfikri Sabri

Menurut Siti, peluang kembali membuat persembahan di SNBJ membangkitkan kenangan manis sewaktu beliau terlibat dalam persembahan pembukaan Sukan Komanwel 1998 serta Konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour pada tahun 2004.

“Dulu waktu konsert Fantasia Tour, pentasnya di bahagian hujung. Saya masih ingat lagi kecil sahaja pentasnya.

“Tetapi hari ini, saya sediakan pentas yang besar bersama skrin besar. Saya harap semua peminat akan nampak Siti Nurhaliza,” katanya ketika berinteraksi dengan penonton.

Konsert sempena 30 tahun perjalanan seni Siti itu turut mencatat sejarah tersendiri apabila seramai 65,000 peminat hadir memenuhi SNBJ, meskipun pada awalnya hanya 63,000 tiket dibuka untuk jualan.

Kehadiran luar biasa peminat dari pelbagai peringkat usia membuktikan pengaruh dan kedudukan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai ikon muzik tanah air masih utuh, sekali gus mengangkat Legacy 30 sebagai antara konsert terbesar dan paling bersejarah dalam karier seni beliau.

BACA JUGA:  TokTi nyanyi tanda hargai warga KKM, walaupun tidak dibayar
Azwanee Ahmad
Azwanee Ahmad
azwaneeahmad@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...