Guru didakwa amang seksual remaja lelaki, polis sahkan terima laporan

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang didakwa dilakukan oleh seorang guru di sebuah sekolah di Desa Pandan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, laporan berkenaan dibuat oleh bapa mangsa yang berusia 40 tahun pada pukul 12.27 tengah hari, kelmarin.

Menurutnya, mangsa memaklumkan telah mengenali suspek yang merupakan seorang guru dan mendakwa pernah diliwat oleh lelaki berkenaan beberapa kali.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek telah ditahan dan hasil semakan mendapati lelaki berkenaan mempunyai rekod lampau apabila pernah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun serta enam sebatan bagi dua kes terdahulu.

“Kes ini masih dalam siasatan lanjut,” ujarnya.

BACA JUGA:  Haqimi Azim sah sarung jersi Terengganu FC
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...