KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Anwar Ibrahim merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul atas mandat baharu beliau untuk terus memimpin negara itu.
Menerusi hantaran di media sosial, Anwar menyatakan harapan untuk meneruskan hubungan kerja yang erat dengan Anutin, selain memperkukuh kerjasama dua hala antara Malaysia dan Thailand dalam pelbagai bidang strategik.
âSebagai jiran terdekat dan rakan dalam ASEAN, Malaysia dan Thailand mempunyai kepentingan yang mendalam terhadap kejayaan antara satu sama lain.
âNasib kita ibarat dua sungai yang berpunca daripada mata air yang sama,â katanya.
Menurut beliau, kerjasama tersebut merangkumi aspek perdagangan dan pelaburan, pembangunan kawasan sempadan serta usaha memastikan kestabilan rantau terus terpelihara.
Terdahulu, Anutin dilaporkan terpilih semula sebagai Perdana Menteri Thailand selepas memperoleh kemenangan besar dalam undian Parlimen, sekali gus menamatkan kemelut politik berpanjangan di negara berkenaan.
Kemenangan pemimpin Parti Bhumjaithai itu menyaksikan beliau menewaskan pencabar terdekatnya, Natthaphong Ruengpanyawut daripada Parti Rakyat Thailand yang berhaluan progresif.
Pemerhati melihat perkembangan ini sebagai peluang baharu untuk memperkukuh hubungan serantau, khususnya dalam kalangan negara anggota ASEAN. – MYBERITA

