Kedai tutup awal dari waktu operasi, wanita terkunci dalam kedai serbaneka

KUALA LUMPUR – Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila dipercayai terperangkap di dalam sebuah kedai serbaneka selepas premis tersebut menutup operasi lebih awal daripada waktu sepatutnya tanpa sebarang notis kepada pelanggan.

Kejadian itu dikongsikan menerusi satu hantaran di platform Threads oleh seorang pengguna dikenali sebagai Zulainnnn, yang mendakwa lampu kedai dipadam dan pintu utama dikunci ketika masih terdapat pelanggan di dalam premis.

Menurutnya, insiden berlaku sekitar jam 9.45 malam, iaitu sebelum waktu operasi sebenar tamat.

“Tanpa sebarang notis, terus tutup lampu dan kunci pintu. Sekurang-kurangnya periksa dahulu sama ada masih ada pelanggan atau tidak,” katanya dalam hantaran tersebut.

Wanita berkenaan berkata, dia terpaksa menghubungi suaminya bagi meminta bantuan memaklumkan kepada pekerja di tingkat bawah bahawa masih terdapat pelanggan yang belum keluar dari premis.

Situasi itu menjadi lebih mengecewakan apabila pekerja yang membuka semula pintu didakwa tidak memohon maaf atas kecuaian berkenaan.

“Dia datang tanpa minta maaf pun. Bayangkan kalau saya tidak bawa telefon masa itu,” ujarnya.

Beliau turut membangkitkan kebimbangan mengenai keselamatan pelanggan lain, khususnya kanak-kanak.

“Kalau kena dekat budak-budak macam mana? Kena tunggu sampai esok ke baru boleh keluar?” katanya lagi.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-rata meluahkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan.

Seorang pengguna, @Lady_Kru, berkata situasi terkunci dalam keadaan gelap boleh mencetuskan kebimbangan melampau atau serangan panik, terutama bagi individu yang mempunyai masalah kesihatan mental.

“Bayangkan orang yang ada ‘anxiety’ kena kunci tiba-tiba dalam kedai yang gelap macam itu? Memang bahaya,” katanya.

Sementara itu, wanita terbabit memaklumkan bahawa beliau telah mengemukakan aduan rasmi melalui e-mel kepada ibu pejabat syarikat berkenaan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang, terutamanya melibatkan golongan rentan seperti kanak-kanak dan warga emas.

BACA JUGA:  Alza remuk langgar gajah melintas, pasangan suami isteri nyaris maut
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...