Siti Nurhaliza syukur selamat, hanya alami bengkak kaki lepas kemalangan MEX

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, meluahkan rasa syukur apabila tidak mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Maju (MEX), petang tadi.

Menerusi perkongsian di media sosial, Siti Nurhaliza memaklumkan beliau hanya mengalami bengkak pada kaki kiri dan telah menjalani pemeriksaan X-ray bagi memastikan tiada kecederaan dalaman yang lebih serius.

“Terima kasih semua yang mendoakan saya. Alhamdulillah, saya tidak ada kecederaan serius. Cuma kaki bengkak dan saya sudah buat X-ray,” katanya.

Beliau turut menjelaskan keadaan itu memerlukan beliau berehat sementara waktu bagi proses pemulihan, selain memantau kesan kecederaan yang dialami.

Siti Nurhaliza dalam masa sama mengucapkan terima kasih kepada peminat dan orang ramai yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya selepas insiden tersebut tular.

Terdahulu, Siti Nurhaliza bersama pengurusnya, Rozi Abdul Razak dan beberapa individu lain dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Kilometer 14.2, Lebuhraya MEX berhampiran Seri Kembangan selepas menghadiri sebuah persembahan di Sepang.

Menurut Rozi, Siti mengalami lebam dan bengkak pada kaki akibat kejadian itu, namun berada dalam keadaan stabil.

BACA JUGA:  Kes buli pelajar asrama, enam pelajar sekolah agama ditahan
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...