Kanak-kanak lelaki maut dihempap blok konkrit ketika main gali lubang

PASIR PUTEH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut manakala bapa saudaranya cedera selepas dihempap blok konkrit ketika sedang bermain dan menggali lubang di kawasan pasir di hadapan rumah mereka di Kampung Dalam Rhu, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Mohamad Yusof Nor Ismail, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala bapa saudaranya, Muhamad Yunus Nasir, turut cedera dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tok Bali, Fakarudin Abu Hassan berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dipercayai sedang bermain dan menggali lubang di kawasan tanah berpasir berhampiran rumah mereka sebelum insiden berlaku.

Menurutnya, blok konkrit yang berada berhampiran kawasan tersebut dipercayai tiba-tiba tumbang lalu menghempap kedua-dua mangsa.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.55 petang sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. Ketika tiba, kedua-dua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam,” katanya.

Beliau berkata, anggota bomba kemudian memberikan rawatan awal sebelum menyerahkan kes kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Jenazah mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Anis untuk proses bedah siasat.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

BACA JUGA:  [VIDEO] Murid tabika cedera dilanggar van sekolah depan rumah
Wani Adawiyah
Wani Adawiyah
waniadawiyah@portalmyberita.com

TRENDING

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...

“Pahang wajar diberi layanan saksama” – Tengku Hassanal

KUANTAN - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan harapan...