Ibu ambil pendekatan unik jadikan polis ‘guru disiplin’ didik anak

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang ibu membawa anak lelakinya ke balai polis selepas didakwa tidak mendengar kata mencuri perhatian ramai apabila rakaman video kejadian itu tular di media sosial dan mencetuskan perbincangan tentang pendekatan mendidik anak.

Menerusi video berkenaan, kanak-kanak tersebut dilihat menangis dan merayu di dalam kereta sebelum dibawa bertemu seorang anggota polis di sebuah pondok pengawal. Kejadian itu dipercayai berlaku selepas ibu terbabit mengambil pendekatan tegas sebagai pengajaran terhadap tingkah laku anaknya yang enggan mematuhi arahan.

View on Threads

Dalam perbualan yang dirakam, ibu kanak-kanak berkenaan dilihat meluahkan kekecewaan terhadap sikap anaknya yang dikatakan sering melawan kata serta tidak mengendahkan nasihat, termasuk isu pemakaian dan penggunaan telefon.

Situasi menjadi perhatian apabila anggota polis yang ditemui bertindak menenangkan kanak-kanak tersebut dengan cara berhemah, selain memberikan nasihat secara santai dan mudah difahami.

Pendekatan lembut itu turut mencuri perhatian ramai apabila anggota berkenaan menasihati kanak-kanak itu supaya mendengar kata ibu serta menjaga kebersihan diri, sambil menegaskan kepentingan disiplin dalam kehidupan seharian.

Rakaman tersebut meraih lebih 500,000 tontonan di platform Threads dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang melihatnya sebagai kaedah disiplin yang unik, namun tidak kurang juga yang mengingatkan agar pendekatan mendidik anak perlu dilakukan dengan lebih seimbang dan tidak menimbulkan ketakutan berlebihan.

Sebahagian pengguna media sosial turut berkongsi pandangan bahawa kerjasama antara ibu bapa dan pihak berkuasa boleh membantu memberi kesedaran kepada kanak-kanak, namun ia perlu dilaksanakan dengan pendekatan yang sesuai mengikut usia dan emosi mereka.

BACA JUGA:  Bom \'Ariel\' ditemui di belukar laluan ke Terowong Menora
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

Kumpulan pertama jemaah haji selamat tiba di KLIA

SEPANG - Kumpulan pertama seramai 329 jemaah haji selamat...

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...