Rabu, 1 Julai 2026
spot_img
HomeGaya Hidup"Jangan asyik cari salah orang," Meerqeen tepis dakwaan bercuti dengan 'GF' di...

“Jangan asyik cari salah orang,” Meerqeen tepis dakwaan bercuti dengan ‘GF’ di Bali

KUALA LUMPUR – Pelakon Meerqeen menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya beliau bercuti bersama seorang wanita di Bali, Indonesia selepas beberapa foto tular di media sosial sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi.

Aktor berusia 25 tahun itu menjelaskan, kehadirannya di Bali adalah atas urusan menghadiri sebuah acara bersama rakan-rakan artis, bukannya seperti yang digambarkan oleh segelintir pihak di media sosial.

“Bukan saya hendak mempertahankan diri, tetapi awak tahu tak bagaimana konsep acara itu? Ramai orang berada di situ. Perempuan itu bukan pasangan saya atau apa-apa. Saya sudah penat dengan benda macam ini. Pergilah cari perkara yang boleh menggembirakan hati,” katanya menerusi hantaran balas di platform Threads.

Menurut Meerqeen, tindakan mengaitkan dirinya dengan individu lain hanya kerana berada di lokasi sama adalah tidak berasas dan berlebihan, selain berharap orang ramai menghentikan budaya mencari kesalahan orang lain.

“Jangan asyik mencari kesalahan orang. Saya tidak benci awak, tetapi tolonglah berhenti,” ujarnya.

Terdahulu, beberapa gambar yang memaparkan aktor filem Klepet itu di Bali tular sehingga mencetuskan dakwaan beliau sedang bercuti bersama seorang wanita. Bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan mengenai dakwaan tersebut.

Dalam pada itu, rata-rata netizen tampil mempertahankan Meerqeen dan menyifatkan tuduhan yang dilemparkan sebagai keterlaluan serta tidak wajar hanya berdasarkan gambar yang dikongsi di media sosial.

“Sudah kehabisan modal ke? Asal duduk sebelah perempuan sahaja terus kata bercinta,” kata seorang pengguna.

Seorang lagi netizen turut meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan segelintir pihak yang merakam dan menyebarkan pergerakan selebriti itu.

“Bukanlah hendak cakap Meerqeen itu maksum, tetapi penatlah apabila semua benda hendak diambil gambar, dirakam skrin atau tangkap layar sebelum dimuat naik ke Threads,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-
Google search engine