JELEBU – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Razi Mohd Ali berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lui selepas memperoleh kemenangan bergaya dengan majoriti 8,476 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini.
Kemenangan itu menyaksikan Mohd Razi terus mengekalkan penguasaan BN di DUN Sungai Lui, sekali gus memperkukuhkan kedudukannya sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan buat penggal keempat berturut-turut.
Majoriti yang diraih kali ini juga menunjukkan peningkatan ketara berbanding PRN 2023 apabila beliau hanya menang dengan majoriti 535 undi, sekali gus mencerminkan peningkatan sokongan pengundi terhadap BN di kawasan tersebut.
Keputusan itu turut mengukuhkan kedudukan BN di kawasan Parlimen Jelebu, dengan Sungai Lui kekal menjadi antara kubu kuat parti berkenaan dalam saingan PRN Negeri Sembilan 2026.
Berita selanjutnya menyusul.


