Ahad, 2 Ogos 2026
spot_img
NasionalMB Ismail Lasim umum cuti peristiwa Isnin untuk seluruh Negeri Sembilan

MB Ismail Lasim umum cuti peristiwa Isnin untuk seluruh Negeri Sembilan

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu, Datuk Ismail Lasim, hari ini mengumumkan cuti peristiwa pada Isnin untuk seluruh rakyat Negeri Sembilan sebagai tanda penghargaan susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada rakyat berehat selepas melalui proses pilihan raya serta menghargai komitmen semua pihak yang menjayakan perjalanan demokrasi di negeri ini.

“Saya umum cuti umum, cuti peristiwa esok (Isnin) untuk semua rakyat Negeri Sembilan,” katanya selepas selesai Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti, hari ini.

Pengumuman itu disambut baik pelbagai pihak, khususnya penjawat awam, sektor swasta, pelajar serta rakyat yang baru selesai menunaikan tanggungjawab mengundi pada Sabtu.

Terdahulu, Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri hasil keputusan PRN Negeri Sembilan ke-16.

-Iklan-
ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-