KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu lebih banyak karya seni tempatan berkualiti dilahirkan dan diketengahkan ke peringkat antarabangsa selepas menyifatkan Teater Muzikal Mansur dan Liu sebagai bukti kemampuan industri kreatif negara.
- Nasir itu di Panggung Sari, Istana Budaya, malam tadi.
- Menurut beliau, karya yang diadaptasi daripada Sulalatus Salatin itu bukan sekadar mengangkat sejarah, malah menggambarkan hubungan diplomasi dan budaya antara Kesultanan Melaka dengan Dinasti…
- Nasir serta seluruh warga produksi atas persembahan berkenaan yang disifatkannya mampu membuktikan karya seni tempatan mempunyai potensi untuk dibawa ke tahap lebih tinggi.
- Beliau berkata perkembangan industri seni perlu bergerak seiring dengan pembangunan negara kerana pemerkasaan budaya juga merupakan sebahagian daripada pertumbuhan ekonomi.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau berkesempatan menyaksikan pementasan arahan seniman tersohor, Datuk M. Nasir itu di Panggung Sari, Istana Budaya, malam tadi.
Menurut beliau, karya yang diadaptasi daripada Sulalatus Salatin itu bukan sekadar mengangkat sejarah, malah menggambarkan hubungan diplomasi dan budaya antara Kesultanan Melaka dengan Dinasti Ming.
“Kerajaan akan terus memberi dukungan kepada penggiat seni dan industri kreatif agar lebih banyak karya bermutu dapat dilahirkan, sekali gus mengangkat martabat seni dan budaya Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya menerusi hantaran itu.
Anwar turut mengucapkan tahniah kepada M. Nasir serta seluruh warga produksi atas persembahan berkenaan yang disifatkannya mampu membuktikan karya seni tempatan mempunyai potensi untuk dibawa ke tahap lebih tinggi.
Ketika ditemui selepas pementasan, Perdana Menteri turut menyifatkan Mansur dan Liu sebagai antara pementasan terbaik pernah disaksikannya di negara ini dan berpandangan mutu produksi tempatan kini mampu berdiri sebaris dengan beberapa pementasan di luar negara.
Beliau berkata perkembangan industri seni perlu bergerak seiring dengan pembangunan negara kerana pemerkasaan budaya juga merupakan sebahagian daripada pertumbuhan ekonomi.
Anwar pada masa sama menekankan keperluan sokongan berterusan daripada kerajaan dan sektor swasta bagi membolehkan industri seni tempatan terus berkembang.
Teater Muzikal Mansur dan Liu mengangkat kisah pertemuan Sultan Mansur Shah dengan Puteri Liu dari Dinasti Ming berdasarkan kisah dalam Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu.
Pementasan arahan M. Nasir itu berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya dari 10 hingga 20 September 2026. – Facebook Anwar Ibrahim
