Khamis, 17 Julai 2025
UTAMAAHADBapa pengasas jenama Bulan Bintang meninggal dunia

Bapa pengasas jenama Bulan Bintang meninggal dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Bapa kepada pengasas jenama pakaian baju Melayu terkenal, Bulan Bintang, Azzim Zahid Azim atau lebih dikenali sebagai Meri, dilaporkan telah meninggal dunia awal pagi tadi.

Berita duka itu dikongsi sendiri oleh Meri menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya hari ini.

“Assalamualaikum semua. Minta sedekahkan Al-Fatihah kepada bapa saya, Azmi bin Abd Malek yang baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir awal pagi tadi,” tulisnya ringkas.

Meri turut memaklumkan bahawa solat jenazah akan diadakan di Masjid Hasanah, Bangi selepas solat Zohor, sebelum jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Tangkas, Bangi.

Menerusi ruangan komen, rakan selebriti dan rakan-rakan terdekat tampil menzahirkan ucapan takziah dan doa, antaranya pendakwah terkenal, Amin Idris dan pelakon Zahiril Adzim.

“Takziah tuan… Semoga Allah menggandakan pahala kalian, mengurniakan kalian kesabaran dan mengampuni ayah tuan,” tulis pendakwah popular, Amin Idris.

“Innalillahi wa inna ilaihi roji’un. Takziah Meri & sekeluarga,” tulis pelakon terkenal, Zahiril Adzim.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN