Isnin, 21 Julai 2025
UTAMAJENAYAHCuri cermin mata 'Oakley', lelaki dicekup polis ada 21 rekod lampau

Curi cermin mata ‘Oakley’, lelaki dicekup polis ada 21 rekod lampau

- Advertisement -

AMPANG – Tindakan seorang lelaki yang disyaki mencuri dua cermin mata jenama Oakley di sebuah pusat beli-belah di sini kelmarin membawa padah apabila dia berjaya diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang dan disedari oleh pekerja premis berkenaan yang melihat suspek mengambil dua cermin mata sebelum melarikan diri keluar dari kedai.

“Pengadu cuba mengejar suspek tetapi gagal, sebelum meminta bantuan rakan sekerja untuk mengekori individu itu dan mendapatkan bantuan orang awam bagi menangkapnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari unit kereta peronda (MPV) bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menahan lelaki tempatan berusia 31 tahun yang disyaki terlibat.

Menurut Mohd. Azam, polis turut merampas dua unit cermin mata yang dipercayai dicuri oleh suspek.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai 21 rekod lampau membabitkan kes berkaitan narkotik (16) dan jenayah (5), selain turut dikehendaki mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine,” jelasnya lagi.

Suspek kini direman selama empat hari hingga 18 Jun ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN
MYBERITA