Khamis, 17 Julai 2025
UTAMANASIONAL“Hidup mesti bermasyarakat” – Sulaiman Md Ali

“Hidup mesti bermasyarakat” – Sulaiman Md Ali

- Advertisement -

SUNGAI DUA – “Hidup ini tidak boleh bersendiri, kita mesti hidup bermasyarakat”, demikian pesanan penuh makna daripada Bekas Ketua Menteri Melaka ke-12, Datuk Seri Sulaiman Md Ali kepada para mahasiswa Melaka yang menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM), malam tadi.

Beliau hadir sebagai tetamu jemputan khas dalam Majlis Ramah Mesra YAB Ketua Menteri Melaka Bersama Mahasiswaanjuran Persatuan Anak-Anak Melaka (PURNAMA), yang menghimpunkan lebih 300 pelajar USM.

Dalam ucapannya, Sulaiman mengingatkan bahawa kejayaan seseorang tidak hanya bergantung kepada kepintaran individu, tetapi juga sejauh mana mereka mampu menyumbang dan berperanan dalam masyarakat.

“Ilmu yang saudara dan saudari pelajari hari ini perlu dibawa pulang untuk memperbaiki masyarakat. Jangan hanya kejar kejayaan peribadi, tapi gunakan kelebihan itu untuk beri manfaat kepada orang lain,” ujarnya penuh harapan.

Beliau turut berkongsi pengalaman ketika menerajui pentadbiran negeri dan menekankan bahawa keterlibatan belia dan mahasiswa dalam aktiviti kemasyarakatan adalah kunci kepada kestabilan sosial dan pembangunan seimbang.

Majlis yang berlangsung di Dewan Pembangunan Pelajar USM turut mengupas pelbagai isu termasuk soal peluang pekerjaan di Melaka, penglibatan belia dalam dasar kerajaan dan keperluan memperkasa jaringan komuniti antara pelajar dan masyarakat.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN