Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMASEMASAImpian Sze Fei-Izzuddin Ke Final BAC 2025 lenyap

Impian Sze Fei-Izzuddin Ke Final BAC 2025 lenyap

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hasrat beregu badminton profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk mengulangi pencapaian mara ke pentas final Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China tidak kesampaian apabila tewas dalam aksi suku akhir hari ini.

Pasangan pilihan utama kejohanan itu akur dengan kekalahan sengit kepada beregu tuan rumah, Chen Bo Yang-Liu Yi, dengan keputusan 16-21, 21-18, 20-22 dalam perlawanan yang berlangsung selama satu jam tujuh minit.

Aksi penuh dramatik di Pusat Sukan Olimpik Ningbo menyaksikan Sze Fei-Izzuddin bangkit selepas ketinggalan di set pertama, namun gagal menamatkan perlawanan dengan kemenangan dalam set penentuan yang mencabar.

Kekalahan ini merupakan kali pertama mereka tewas kepada pasangan China yang kini menghuni ranking ke-16 dunia, selepas menang dalam dua pertemuan sebelum ini.

Tahun lalu, Sze Fei-Izzuddin juga terlepas gelaran juara apabila tumpas di tangan gandingan handalan China, Liang Wei Keng-Wang Chang di pentas final.

Meskipun kecewa dengan keputusan kali ini, pujian tetap harus diberikan kepada gandingan negara yang mempamerkan semangat juang tinggi dan aksi penuh berdisiplin sepanjang kejohanan.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN