Jumaat, 11 Julai 2025
UTAMAHIBURAN"Kalau diberi peluang, daddy nak...", Fattah Amin titip pesan buat Fatima

“Kalau diberi peluang, daddy nak…”, Fattah Amin titip pesan buat Fatima

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal, Fattah Amin, baru-baru ini menarik perhatian ramai setelah berkongsi pesanan penuh perasaan buat anak perempuannya, Nur Fatima Aisya. 

Dalam temu bual bersama pelakon Janna Nick yang dikongsikan menerusi platform TikTok, Fattah meluahkan rasa sayang dan pengorbanannya sebagai seorang bapa, meskipun telah berpisah dengan ibu Fatima, Fazura.

Dalam hantaran tersebut, Fattah menjelaskan betapa dia menghargai setiap detik bersama Fatima, walaupun kini mereka tinggal berasingan.

“Kalau diberi peluang untuk daddy cakap sendiri dengan Fatima, daddy memang tak mahu benda ni terjadi. Daddy memang sayangkan Fatima dan awak tahu daddy sayang Fatima macam mana, dari bayi sampai besar. Sepanjang daddy, mommy dengan Fatima, daddy simpan semua memori dalam telefon daddy dan daddy memang sayangkan Fatima,” ujar Fattah dengan nada yang penuh emosi.

Meskipun tidak lagi tinggal sebumbung dengan Fatima, pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu berharap anaknya tidak akan melupakan kasih sayang yang diberikannya.

“Walaupun sekarang ini daddy dah tak duduk dengan Fatima, tapi daddy harap Fatima tak lupakan daddy dan daddy akan sentiasa cuba luangkan masa dengan Fatima sebaik mungkin,” tambahnya.

Fattah turut berkongsi keinginannya untuk meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama Fatima, dan memenuhi kehendaknya.

“Daddy nak bawa Fatima jalan-jalan bagi Fatima gembira, kita pergi taman, kita pergi beli mainan, beli apa sahaja yang Fatima suka. Kalau boleh daddy nak buat macam tu tetapi bukan sebab daddy sibuk, tapi nanti bila Fatima dah besar, Fatima akan faham keadaan sebenarnya,” jelas Fattah.

Tidak lupa, Fattah mengingatkan Fatima untuk mencintai kedua ibu bapanya tanpa memilih kasih.

“Apapun jadi, Fatima kena sayangkan mommy kena sayang daddy, sama-sama. Sebab Fatima lahir daripada mommy dan daddy. Kalau Fatima tengok video ni nanti, daddy nak Fatima faham, sayang daddy kepada Fatima sama macam mommy sayangkan Fatima, tiada kurang tiada lebih, kami berdua sayangkan awak sangat,” pesannya.

Reaksi daripada warganet di ruangan komen video ini amat menyentuh hati, dengan ramai memuji Fattah sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab dan penuh kasih sayang.

Mereka turut meluahkan rasa simpati terhadap Fattah yang terpaksa berjauhan dengan anak kandungnya, serta mengagumi sikapnya yang masih menjaga aib bekas isteri.

Fattah dan Fazura telah bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN