Jumaat • 13 Jun 2025
UTAMANASIONALNilai amanah dan tanggungjawab kunci kejayaan koperasi - PMX

Nilai amanah dan tanggungjawab kunci kejayaan koperasi – PMX

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nilai amanah dan tanggungjawab perlu terus menjadi teras dalam setiap aspek pengurusan institusi koperasi bagi memastikan kelestarian dan kejayaan jangka panjang yang mampan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, nilai-nilai tersebut bukan sahaja penting bagi mengelakkan kegagalan sesebuah koperasi, malah mampu menjamin pulangan yang lebih baik kepada semua ahlinya.

“Dalam konteks pengurusan koperasi, apabila integriti dan kecekapan diangkat serta diamalkan secara konsisten, koperasi bukan sahaja akan terhindar daripada risiko keruntuhan atau kegagalan, malah mampu menjana manfaat optimum kepada ahlinya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Berhad Kali Ke-90, hari ini.

Tambah beliau, kerajaan sentiasa komited memperkasa gerakan koperasi agar terus kekal relevan dan berdaya tahan dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

“ Ini juga mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara selaras dengan aspirasi Malaysia Madani,” katanya lagi.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh barisan kepimpinan koperasi serta pegawai kanan PDRM, dalam usaha memperkukuh peranan koperasi sebagai institusi penting dalam pembangunan sosioekonomi masyarakat.

Iklan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN