Jumaat, 11 Julai 2025
UTAMANASIONALPM terima permohonan cuti dua menteri, keputusan lanjut akan dimaklumkan

PM terima permohonan cuti dua menteri, keputusan lanjut akan dimaklumkan

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Pejabat Perdana Menteri hari ini mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran daripada dua anggota Kabinet.

Menerusi satu kenyataan rasmi, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa permohonan tersebut dikemukakan oleh Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Setelah meneliti permohonan tersebut, YAB Perdana Menteri telah bersetuju meluluskan permohonan cuti kedua-dua menteri berkenaan.

“Sebarang keputusan lanjut terkait perkara ini akan dimaklumkan kemudian oleh YAB Perdana Menteri,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, MYBERITA melaporkan bahawa kedua-dua menteri berkenaan telah menghantar surat perletakan jawatan masing-masing hari ini.

Berdasarkan permohonan tersebut, Rafizi akan melepaskan jawatannya berkuat kuasa 16 Jun, manakala Nik Nazmi pula pada 4 Julai akan datang.

Setakat ini, belum ada pengumuman rasmi mengenai pengganti bagi kedua-dua portfolio terbabit. Spekulasi mengenai kemungkinan rombakan Kabinet juga semakin hangat diperkatakan susulan pengunduran tersebut.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN