Selasa, 8 Julai 2025
UTAMAHIBURANQawiy tamatkan zaman bujang, nikah di London

Qawiy tamatkan zaman bujang, nikah di London

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial yang terkenal dengan kandungan dakwah santainya, Abdul Qawiy Abd Rashid atau lebih dikenali sebagai Qawiyaro, membuat kejutan apabila mendedahkan bahawa beliau kini sudah mendirikan rumah tangga.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Qawiy, 28, menerusi satu hantaran di platform Instagram hari ini, memaparkan momen istimewa hari pernikahannya yang dipercayai berlangsung di Greenwich, London, United Kingdom.

“Alhamdulillah, completing half of my deen with my other half,” tulis Qawiy ringkas dalam kapsyen yang disertakan bersama gambar pernikahannya.

Majlis akad nikah itu difahamkan hanya dihadiri ahli keluarga rapat kedua-dua pihak.

2
2

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada pengikut setianya yang rata-rata mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut. Ada juga yang menyatakan mereka sudah mengagak Qawiy akan berkahwin tidak lama lagi berikutan beberapa petunjuk yang diberikan sebelum ini.

Sekitar awal Mac lalu, Qawiy pernah memuat naik video memperlihatkan dirinya bertemu keluarga wanita dipercayai isterinya dan menyatakan itu akan menjadi pakaian hari pernikahannya. Perkongsian tersebut nyata mencetus tanda tanya dalam kalangan peminat.

Ruangan komen turut dibanjiri ucapan doa dan spekulasi mengenai pasangan Qawiy, termasuk wajah isterinya yang dikatakan berketurunan Arab serta latar perkahwinan yang berlatarbelakangkan keindahan kota London.

Qawiy sebelum ini terkenal dengan pendekatan uniknya dalam menyebarkan dakwah melalui segmen popular ‘tebuk ngaji’, yang sering menampilkan bacaan al-Quran secara spontan di tempat awam. Personalitinya yang tenang dan mesra menjadikannya ikon positif dalam kalangan belia Islam.

Setakat ini, MYBERITA sedang mendapatkan Qawiy untuk berkongsi maklumat lanjut mengenai perjalanan cinta mereka.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN