Sabtu • 14 Jun 2025
UTAMAEKSKLUSIFSemangat korban eratkan komuniti Sungai Besar bersama Hijrah Selangor

Semangat korban eratkan komuniti Sungai Besar bersama Hijrah Selangor

- Advertisement -

SUNGAI BESAR – Semangat kebersamaan sempena Aidiladha terus disemarakkan apabila Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) tampil menganjurkan Program Ibadah Korban Hijrah yang bukan sahaja meraikan hari kebesaran umat Islam, malah menyantuni golongan asnaf dan mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat.

Bertemakan “Komuniti Di Hati, Aidiladha Diberkati”, program yang berlangsung di Sungai Besar ini menyaksikan pelaksanaan ibadah korban melibatkan penyembelihan lembu dan kambing, diikuti sesi gotong-royong meriah bersama hampir 50 kakitangan Hijrah Selangor dan penduduk tempatan.

Sebagai simbol keprihatinan dan tanggungjawab sosial korporat, seramai sembilan usahawan asnaf Hijrah Selangor menerima agihan daging korban dan sumbangan bakul makanan asas. Turut disantuni ialah 60 asnaf dari Kariah Masjid An-Nur, Sungai Haji Dorani serta ahli komuniti sekitar.

Program yang merupakan siri keempat daripada sepuluh acara keseluruhan ini dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI, Dato’ Ts. Saipolyazan M. Yusop bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor, Dato’ Mearia Hamzah.

Hijrah Selangor terus memainkan peranan penting bukan sahaja dalam membangunkan keusahawanan, tetapi juga dalam memperkukuhkan jaringan sosial dan nilai murni dalam kalangan rakyat Selangor melalui program seumpama ini.

Iklan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN