Jumaat • 13 Jun 2025
UTAMAHIBURANShila Amzah batal kontrak lepas disuruh buka tudung di China

Shila Amzah batal kontrak lepas disuruh buka tudung di China

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Shila Amzah mendedahkan pengalamannya ketika mula menembusi pasaran muzik China selepas memenangi pertandingan nyanyian Asia Wave pada tahun 2012.

Menurut Shila, ketika itu pihak pengurusan di China yang menghubunginya menyangka pemakaian tudung adalah sekadar gaya fesyen semata-mata dan bukan satu kewajipan agama.

“Selepas saya menandatangani kontrak, mereka memberikan imej baru kepada saya dan tunjukkan contoh gaya rambut yang ‘kepuk-kepuk’,” katanya kepada MYBERITA ketika sidang media program Raise The Star Malaysia, semalam.

Namun, Shila menegaskan bahawa dia terpaksa menolak cadangan berkenaan demi mempertahankan prinsip dan identiti dirinya sebagai seorang wanita Muslim.

“Saya kata, jika saya perlu tunjuk rambut, saya akan tolak kolaborasi ini dan saya tak dapat teruskan kontrak.

“Tapi akhirnya mereka faham selepas kami terangkan,” jelasnya.

Shila berkata situasi tersebut adalah antara contoh perbezaan budaya yang jelas wujud antara Malaysia dan negara luar, khususnya dalam industri hiburan.

Katanya lagi, beliau melihat industri muzik di China hari ini lebih terbuka dan progresif berbanding sebelum ini, sekali gus memberi ruang lebih besar kepada artis tempatan untuk berkembang.

“Amsyar berada di posisi yang maju berbanding dahulu. Industri sekarang lebih terbuka. Amsyar berada dalam posisi yang sangat baik ketika ini,” katanya merujuk kepada Amsyar Lee, yang turut mengorak langkah dalam dunia seni di China.

Iklan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN