Selasa, 8 Julai 2025
UTAMAHIBURANSpekulasi hamil kembali hangat, penampilan Watie Hanifiah cetus tanda tanya

Spekulasi hamil kembali hangat, penampilan Watie Hanifiah cetus tanda tanya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Spekulasi mengenai kehamilan isteri pelawak terkenal Shuib, Watie Hanifiah, kembali menjadi bualan hangat netizen selepas penampilannya mencuri perhatian dalam sebuah majlis resepsi baru-baru ini.

Watie atau nama penuhnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, memuat naik sekeping foto di Instagram bersama rakannya, Nana, ketika menghadiri majlis persandingan pelakon Eyka Farhana dan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid, yang berlangsung di Langkawi, Isnin lalu.

Namun, bukan fesyen gaun coklat yang dikenakan menjadi tumpuan, sebaliknya bentuk perut Watie yang kelihatan seolah-olah menonjol seperti ‘baby bump’.

“Perut nampak lain macam, mungkinkah ada berita gembira?” tulis seorang pengikut di ruangan komen, disusuli ucapan tahniah dan teka-teki daripada peminat lain yang turut membuat andaian Watie kini berbadan dua.

“Kalau betul hamil, tahniah Watie dan Shuib. Rezeki ulang tahun pertama barangkali,” kata seorang netizen, manakala seorang lagi menambah, “Comel sangat Watie malam tu. Tapi mata ni asyik tertumpu pada ‘baby bump’.”

Menariknya, Shuib sendiri turut meninggalkan komen berseloroh di hantaran tersebut dengan menyifatkan perut isterinya begitu kerana “terlebih makan”.

“Banyak sangat makan ni sayang (Watie) daddy (Shuib),” tulisnya dalam nada mengusik.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada Shuib mahupun Watie berhubung spekulasi kehamilan itu.

Untuk rekod, pasangan selebriti ini sah bergelar suami isteri pada 23 Jun tahun lalu. Shuib sebelum ini mempunyai empat orang anak hasil perkahwinannya bersama arwah penyanyi popular, Siti Sarah Raissuddin.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN