Jumaat • 13 Jun 2025
UTAMAHIBURANTekanan 10 kali ganda bertanding di China - Shila Amzah

Tekanan 10 kali ganda bertanding di China – Shila Amzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Shila Amzah, mendedahkan cabaran besar yang dihadapinya ketika menyertai pertandingan nyanyian di China, yang menurutnya memberi tekanan luar biasa berbanding pertandingan di Malaysia.

Menurut Shila, saingan sengit yang datang daripada jumlah peserta yang begitu ramai menjadikan tekanan di sana jauh lebih tinggi, sekali gus menuntut ketahanan mental yang kuat.

“To be honest, competition dia (di China) terlalu hebat, Sebab bila kita berada di competition di mana kita perlu compete dengan jumlah rakyat yang begitu ramai compare to Malaysia.

“So pressure tu jadi 10 kali ganda,” katanya pada sidang media program Raise The Star Malaysia.

Walau bagaimanapun, Shila mengakui bahawa pengalaman berdepan tekanan sebegitu banyak membentuk dirinya menjadi individu yang lebih kuat dan matang, bukan sahaja sebagai artis tetapi juga sebagai insan.

“Pengalaman itu buat mental kita lebih kuat, menjadi seorang yang lebih matang.

“Ianya bukan hanya soal suara, tapi keunikan yang kita bawa,” jelasnya.

Penyanyi berkaliber itu sebelum ini mencipta nama di peringkat antarabangsa menerusi penyertaannya dalam beberapa pertandingan nyanyian di China dan Asia, sekali gus mengharumkan nama negara di pentas global.

Iklan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN