Khamis, 17 Julai 2025
UTAMANASIONALTragedi UPSI: Polis ambil sampel darah pemandu bas

Tragedi UPSI: Polis ambil sampel darah pemandu bas

- Advertisement -

IPOH – Polis mengesahkan telah mengambil sampel darah pemandu bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan tragis meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Jeli-Gerik semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, ujian akan dijalankan bagi menentukan sama ada pemandu berusia 39 tahun itu berada di bawah pengaruh dadah ketika insiden berlaku.

“Sampel darah telah diambil di Hospital Gerik dan dihantar ke Jabatan Kimia di Ipoh untuk dianalisis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa kedua-dua pemandu bas termasuk pemandu kedua berusia 53 tahun kini sedang dirawat di Hospital Taiping dan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza berusia 37 tahun yang turut terlibat dalam kemalangan berkenaan telah memberikan keterangan kepada pihak polis semalam. Isteri dan dua anak mangsa kini masih menerima rawatan di Hospital Baling.

Siasatan lanjut termasuk rakaman percakapan pemandu bas utama akan dilakukan selepas beliau dibenarkan keluar hospital. Polis juga akan mendapatkan perintah reman sejurus proses rawatan selesai bagi melengkapkan siasatan.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN