Jumaat • 13 Jun 2025
UTAMANASIONALTragedi UPSI: Sultan Abdullah titah solat jenazah ghaib di seluruh negeri Pahang

Tragedi UPSI: Sultan Abdullah titah solat jenazah ghaib di seluruh negeri Pahang

- Advertisement -

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid di negeri ini untuk menganjurkan solat jenazah ghaib bagi pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan tragis di Gerik, Perak pada Isnin lalu.

Mufti Pahang, Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa baginda turut menitahkan agar bacaan Yasin dan tahlil dilaksanakan selepas solat Maghrib hari ini.

“Semoga kita sama-sama mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan kepada mangsa yang masih dirawat serta berdoa agar negeri Pahang dijauhkan daripada segala bencana alam dan kemudaratan,” katanya.

Dalam kejadian pada Isnin lalu, seramai 15 penuntut UPSI maut selepas bas sewa khas yang membawa mereka dari Jertih ke kampus utama di Tanjung Malim, Perak, terbalik selepas bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat.

Kemalangan ngeri itu turut menyebabkan 33 individu cedera, termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza.

Iklan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN