Lelaki maut dalam kemalangan di Sekinchan

Foto MYBERITA


SEKINCHAN – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah pikap dalam kemalangan yang berlaku petang semalam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad, berkata nahas yang berlaku pada jam 5 petang di Kilometer 70 Jalan Klang-Teluk Intan itu mengakibatkan mangsa maut di lokasi kejadian.
Kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa, seorang lelaki berusia 39 tahun, sedang memandu Toyota Vios dari Klang menuju ke Teluk Intan.
\”Di lokasi kejadian, pemandu kereta disyaki hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan, melepasi pembahagi jalan dan memasuki laluan bertentangan.

\”Pada masa yang sama, sebuah pikap Toyota Hilux yang dinaiki pasangan suami isteri berusia 41 dan 43 tahun tidak sempat mengelak, lalu melanggar Toyota Vios berkenaan,\” katanya.
Beliau menambah bahawa kejadian berlaku ketika hujan, yang mungkin menyumbang kepada kehilangan kawalan kenderaan.
Sehubungan itu, polis meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-6645812.

BACA JUGA:  Ejen Ali 2 pecah rekod kutip RM55.1 juta, atasi filem hollywood, asia
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...