Drama Bidaah dianggap mengelirukan, JAKIM arah sunting babak sensitif

Pihak produksi telah dipanggil untuk bertemu dengan JAKIM bagi menilai implikasi kandungan drama tersebut.


KUALA LUMPUR – Drama bersiri \”Bidaah\” kini menjadi topik hangat selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan teguran rasmi terhadap kandungannya yang didakwa menimbulkan kegelisahan awam.
 
Pihak produksi telah dipanggil untuk bertemu dengan Ahli Jawatankuasa Penapisan Media Berunsur Islam, JAKIM bagi menilai implikasi kandungan drama tersebut.

 
Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee, menegaskan bahawa karya seni perlu selari dengan prinsip akidah, syariah dan akhlak Islam serta tidak boleh menimbulkan fitnah terhadap ajaran Islam.
 
JAKIM juga telah memberikan teguran kepada pihak produksi agar menapis mana-mana babak yang tidak sesuai.
 
“JAKIM telah membuat teguran dan memberikan penegasan kepada pihak produksi bahawa sebarang karya seni yang dihasilkan perlu selari dengan prinsip akidah, syariah, dan akhlak serta tidak menimbulkan fitnah kepada ajaran Islam. Pihak penerbit akur dengan teguran dan bersedia untuk memotong mana-mana adegan yang tidak sesuai untuk tontonan masyarakat,” kata beliau dalam kenyataan tersebut.
 
Tindakan JAKIM ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat, terutama di media sosial. Ada pihak yang menyokong tindakan badan agama itu bagi memastikan kandungan media tidak bercanggah dengan nilai Islam, manakala ada juga yang mendakwa ia sebagai satu bentuk penapisan yang keterlaluan terhadap kebebasan seni.
 
Menurut sumber yang rapat dengan produksi \”Bidaah\”, beberapa babak dalam drama ini dikatakan menyentuh isu sensitif berkaitan kepercayaan dan amalan tertentu yang boleh mengundang kontroversi. Namun, pihak produksi enggan mengulas lanjut mengenai kandungan yang akan dipotong.
 
Dalam pada itu, JAKIM menegaskan bahawa mereka sentiasa bersedia bekerjasama dengan penggiat seni bagi memastikan kandungan hiburan di Malaysia seiring dengan garis panduan agama. Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam yang dikeluarkan pada tahun 2015 dijadikan rujukan utama dalam menilai kandungan media di negara ini.
 
“Islam tidak menolak kesenian, bahkan mengiktirafnya sebagai salah satu cara untuk mengekspresikan keindahan yang dianugerahkan oleh Allah SWT dan dakwah kepada masyarakat. Namun, seni dalam Islam mesti mematuhi garis panduan syariah, membawa kepada kebaikan, dan tidak melalaikan atau mempromosikan perkara yang bertentangan dengan nilai dan etika,” tambah kenyataan itu.

BACA JUGA:  Blood Brothers gegarkan Bukit Bintang, kutipan cecah RM62 juta
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...