KKM ingatkan pengamal perubatan supaya tidak keluarkan kenyataan mengelirukan

KUALA LUMPUR — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengingatkan semua pengamal perubatan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan awam yang boleh mengelirukan orang ramai atau menimbulkan salah tanggapan sehingga menjejaskan reputasi profesion perubatan di negara ini.

Dalam satu kenyataan rasmi, KKM menegaskan bahawa hanya pengamal perubatan yang memiliki kelayakan dan Sijil Perakuan Amalan Tahunan (APC) yang sah serta berdaftar sebagai pakar dalam Daftar Pakar Kebangsaan (NSR) dibenarkan mengamalkan dan memberi diagnosis serta rawatan terhadap pesakit.

“Mana-mana pengamal perubatan yang menyalahi tatacara amalan perubatan boleh dikenakan tindakan mengikut peruntukan di bawah Akta Perubatan 1971,” menurut kenyataan itu.

Tambah KKM lagi, pelanggaran terhadap Akta 50 merupakan satu kesalahan serius dan pengamal yang terbabit boleh dikenakan tindakan seperti penggantungan atau pembatalan pendaftaran sebagai pengamal perubatan. Hukuman denda, penjara atau kedua-duanya juga boleh dikenakan jika disabit kesalahan.

Kenyataan ini dikeluarkan susulan dakwaan seorang pegawai perubatan swasta yang mendakwa bahawa kecederaan saraf tulang belakang yang dialami penjaja belon, Muhammad Zaimuddin Azlan, 28, atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Belon’, berisiko menyebabkan beliau lumpuh.

Muhammad Zaimuddin sebelum ini mendakwa dikasari oleh penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika menjalankan operasi di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 28 Mac lalu. Beliau kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Menurut KKM, Zaimuddin telah menerima perhatian perubatan sewajarnya di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang, dan telah diberikan diagnosis serta rawatan yang diperlukan mengikut protokol semasa. Temu janji susulan juga telah ditetapkan oleh pihak hospital.

“Orang ramai diingatkan bahawa hanya pengamal perubatan yang bertauliah dibenarkan untuk memberikan diagnosis dan rawatan terhadap sebarang penyakit,” kata KKM.

KKM turut menekankan bahawa kecederaan membabitkan tulang belakang dan saraf tunjang perlu dirujuk kepada pakar ortopedik dan pakar bedah saraf yang diiktiraf.

BACA JUGA:  \"Pemberian lencana bukan isu besar\" – PM

Dalam pada itu, kementerian turut mengingatkan bahawa tiada individu dibenarkan menubuhkan atau mengendalikan mana-mana kemudahan jagaan kesihatan termasuk klinik swasta tanpa lesen yang sah.

Tindakan tersebut adalah satu kesalahan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.

Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...