Ameera Khan berang tuduhan melampau netizen sentuh hal peribadi

KUALA LUMPUR – Model dan pempengaruh media sosial, Ameera Khan, 24, meluahkan rasa kurang senang terhadap dakwaan melampau netizen yang menyentuh hal peribadinya, termasuk tuduhan menjalin hubungan intim dengan kekasih, menerusi satu hantaran di Instagram Story (IGs).

Ameera, atau nama sebenarnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, tampil memberikan respon terhadap komen negatif yang dilemparkan berhubung hubungannya dengan pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol.

\”Kami \’sleep call\’ hampir setiap malam. Walaupun tidak tidur, kami sentiasa berhubung. Panggilan jarang sekali terputus,\” ujar Ameera yang juga adik kepada selebriti popular, Neelofa.

Dalam hantaran sama, Ameera turut menegur netizen agar lebih berhati-hati sebelum mengajukan sebarang soalan yang boleh menyinggung perasaan.

\”Kak, usia dah matang jadi eloklah elakkan tanya soalan yang tidak wajar atau nampak kurang bijak, ya?\” katanya.

Ameera dan Jefri Nichol masih meneruskan hubungan cinta mereka, meskipun sebelum ini timbul spekulasi yang mendakwa hubungan tersebut sudah berakhir.

BACA JUGA:  Azhan Rani tegur sikap pelakon datang lewat, yang 'senior' pun tak terkecuali...
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...