Tokoh bola sepak Terengganu, Datuk Marzuki Sulong meninggal dunia

KUALA TERENGGANU – Arena bola sepak Terengganu dan negara hari ini dikejutkan dengan berita pemergian Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Marzuki Sulong yang menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Setiu kira-kira jam 7.40 malam tadi.

Menurut adiknya, Amrang, 56, Allahyarham yang berusia 60 tahun sebelum ini dimasukkan ke Hospital Salam Kuala Terengganu dan kemudian menerima rawatan lanjut di Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA), Kuala Nerus akibat komplikasi jantung dan diabetes.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Sharifah Nor Salma Chong Abdullah serta tujuh orang anak. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Calok, Penarik, Setiu pada jam 11 pagi esok.

Sepanjang hayatnya, Datuk Marzuki yang mesra digelar \’Cikgu Ki\’ merupakan tokoh penting dalam pembangunan bola sepak Terengganu dan negara. Selain memegang jawatan Timbalan Presiden PBSNT, beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Presiden Persatuan Bolasepak Daerah Setiu.

Beliau dikenali sebagai individu yang sangat komited dalam memajukan bola sepak, dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang sukan tersebut. Peranan aktifnya dalam PBSNT kembali menyerlah selepas memenangi pemilihan dalam kongres PBSNT bagi penggal 2025-2028 yang lalu.

Presiden PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim dalam kenyataannya berkata pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat PBSNT dan pasukan Terengganu FC.

“Almarhum Datuk Marzuki aktif dalam membantu mengemudi PBSNT, banyak pengalaman yang saya pelajari daripada beliau. Pemergian ini adalah satu kehilangan besar buat seluruh keluarga bola sepak Terengganu,” katanya.

Semoga roh Allahyarham Datuk Marzuki Sulong ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan dirahmati Allah SWT. Al-Fatihah.

BACA JUGA:  Rumah terbuka jadi kontroversi, Azfar Heri minta netizen henti banding-banding
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...