Pinjaman RM5.28 juta tidak dilunaskan, Jovian Mandagie diisytihar muflis

KUALA LUMPUR – Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Insolvensi) hari ini selepas gagal melunaskan pinjaman persahabatan berjumlah RM5.28 juta kepada syarikat pembinaan kejuruteraan, Cekap Air Sdn. Bhd.

Perintah muflis itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar (Insolvensi), Muhammad Faisal Zulkifli, selepas membenarkan petisyen pemiutang yang difailkan oleh syarikat berkenaan pada 20 November 2023.

Menurut petisyen tersebut, Jovian – yang juga bekas menantu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob – gagal mematuhi Notis Kebankrapan bertarikh 21 Mei 2023 yang menuntut bayaran jumlah hutang tersebut, termasuk faedah terkini.

Peguam syarikat, Siti Nur Athirazatti Rohizad, berkata pihaknya bertindak memfailkan petisyen pemiutang selepas Jovian gagal mematuhi penghakiman terus yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi pada 2 April tahun lalu.

Jovian sebelum ini pernah memohon untuk menggantung dan membatalkan notis serta petisyen kebankrapan tersebut, namun kesemua permohonan itu ditolak mahkamah.

Syarikat Cekap Air memfailkan saman pada Mei 2023 mendakwa Jovian gagal membayar balik pinjaman RM5 juta yang diberikan secara lisan atas dasar persahabatan antara beliau dan pengarah syarikat itu, Yong Zhen Wei. Wang tersebut telah dimasukkan ke akaun peguam yang mewakili Jovian, dan disahkan diterima.

Rayuan Jovian terhadap keputusan penghakiman terus yang diperoleh syarikat tersebut dijadualkan untuk didengar pada 15 September ini.

BACA JUGA:  Agong zahir keyakinan hubungan Malaysia-China terus kukuh
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...