Tiga suspek bunuh penuntut universiti disambung reman tujuh hari lagi

SEPANG – Tiga suspek yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang penuntut universiti swasta di Cyberjaya pada 24 Jun lalu, disambung reman selama tujuh hari lagi bagi membantu siasatan lanjut.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Khairatul Animah Jelani bermula esok sehingga Khamis depan.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek yang terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita tiba di Kompleks Mahkamah Sepang kira-kira pukul 8.40 pagi dalam keadaan bergari dan dikawal ketat anggota polis. Mereka kemudian dibawa keluar dari premis mahkamah pada jam 9.50 pagi.

Sebelum ini, mereka telah direman selama tujuh hari bermula 27 Jun dan tempoh tersebut tamat hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian yang mengejutkan itu, mangsa yang merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi ditemui maut di unit kondominiumnya di Cyberjaya pada jam 10 pagi, 24 Jun lalu oleh seorang rakan.

Mangsa yang berasal dari Sarawak difahamkan tinggal bersendirian selepas lima rakan serumahnya pulang bercuti sejak 21 Jun.

Laporan media sebelum ini menyebut bahawa empat individu termasuk suspek utama, yang juga merupakan teman lelaki kepada rakan serumah mangsa, berjaya ditahan dalam tempoh 48 jam selepas kejadian.

Pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian dan mereka yang terlibat secara langsung dalam insiden tersebut.

BACA JUGA:  Polis minta bantuan orang awam kes anjing disiat kulit hidup-hidup
Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
ashrulaizad@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...