Faisal Halim masih sayang isteri, harap rumah tangga diselamatkan

KUALA LUMPUR – Di sebalik kemelut rumah tangga yang melanda, bintang Harimau Malaya, Faisal Halim atau lebih dikenali sebagai Mickey sebenarnya masih menyimpan rasa kasih terhadap isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahri, serta berharap ikatan perkahwinan mereka dapat diselamatkan.

Peguam yang mewakili Faisal, Datuk Akberdin Abdul Kader, berkata anak guamnya itu terpaksa meneruskan proses penceraian selepas isterinya memfailkan kes di mahkamah.

“Faisal masih sayangkan isteri dan rumah tangganya. Jika diikutkan, bukan Faisal mahu lafazkan cerai namun bila isterinya failkan kes ke mahkamah, terpaksalah Faisal selesaikannya mengikut saluran terbabit,” katanya.

Menurut Akberdin, Faisal difahamkan pernah melafazkan cerai pada 15 Jun lalu sebelum merujuk kembali isterinya sehari kemudian.

“Kita perlu selesaikan perkara itu (lafaz talak di luar mahkamah) terlebih dahulu sebelum beralih ke kes terbaharu yang difailkan isterinya,” jelasnya.

Kes berkenaan kini masih dalam proses perbicaraan di mahkamah syariah.

BACA JUGA:  Batuk lebih dua minggu? Jangan ambil ringan ancaman Tibi yang menular secara senyap
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...