Khamis | 29/10/2026 | 12:06 am
HomeNasionalProses pelantikan naib canselor bukan bawah kuasa mutlak menteri - Zambry

Proses pelantikan naib canselor bukan bawah kuasa mutlak menteri – Zambry

-

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menegaskan bahawa pelantikan naib canselor universiti tidak dilakukan berdasarkan kehendak menteri semata-mata, sebaliknya melalui proses terperinci yang melibatkan jawatankuasa saringan, Lembaga Pengarah, Senat, alumni, pensyarah dan pelajar.

Menurut beliau, walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) memberi kuasa luas kepada menteri untuk melantik naib canselor, kuasa itu tidak pernah digunakan bagi melantik calon pilihan peribadi.

Sebaliknya, semua cadangan daripada Jawatankuasa Pemilihan Naib Canselor dipertimbangkan sebelum keputusan akhir dibuat.

“Kita sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan, termasuk tuntutan mahasiswa yang berhimpun di luar Parlimen hari ini, supaya proses pelantikan tidak berada di bawah kuasa menteri secara mutlak,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Pendidikan Tinggi di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau turut menjelaskan proses pelantikan naib canselor berdasarkan Perkara 9(1), Seksyen 4A AUKU 1971 yang bermula daripada pencarian terbuka, saringan jawatankuasa universiti, rundingan Lembaga Pengarah Universiti, hingga penilaian jawatankuasa tetap pemilihan di universiti berkenaan.

Zambry menegaskan kerajaan bersedia meneliti semula AUKU bagi menambah baik proses pelantikan serta membangunkan kerangka baharu perundangan pendidikan tinggi yang lebih relevan dengan situasi semasa.

Pagi tadi, lebih 30 kumpulan mahasiswa, termasuk UMANY, Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia dan LMUM, mengadakan demonstrasi di luar Parlimen menuntut pemansuhan kuasa luas Menteri Pendidikan Tinggi dalam pelantikan naib canselor.

Must Read

Kes kematian Zaharif, bekas pegawai polis terlepas hukuman mati

Kes kematian Zaharif, bekas pegawai polis terlepas hukuman mati

0
IPOH - Selepas hampir tiga tahun menanti keputusan mahkamah, keluarga Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie akhirnya menyaksikan pegawai kanan polis, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun enam bulan atas kesalahan menyebabkan kematian remaja berusia 17 tahun itu.