Khamis | 08/10/2026 | 3:02:22 pm
HomeEkonomiBantuan Aidilfitri RM500 dibayar 13 Mac, legakan penjawat awam sambut lebaran

Bantuan Aidilfitri RM500 dibayar 13 Mac, legakan penjawat awam sambut lebaran

KUALA LUMPUR – Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 15 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak, akan dibayar pada 13 Mac ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan menerusi laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan, bantuan tersebut diberikan bagi membantu penjawat awam membuat persiapan menjelang sambutan Aidilfitri.

Menurut kenyataan itu, BKK turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen dengan bayaran sebanyak RM250.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Khamis, 8 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|