TDM tahan tiga lelaki, rampas 32 ekor lembu disyaki diseludup

RANTAU PANJANG – Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan tiga lelaki dan merampas 32 ekor lembu yang dipercayai diseludup masuk dari Thailand ke negara ini melalui Sungai Golok awal pagi Selasa, ketika umat Islam bersiap sedia untuk bersahur.

Menurut kenyataan Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen), kejadian dikesan semasa rondaan rutin pada jam 5.15 pagi apabila anggota bertugas mengesan tujuh lelaki sedang membawa lembu menyeberangi tebing dari Thailand ke sempadan Malaysia melalui Sungai Golok.

“Selain itu, sebuah lori yang dipercayai akan digunakan untuk membawa lembu-lembu tersebut turut dikesan berada di lokasi. Seramai 10 lelaki dipercayai sedang menunggu untuk melaksanakan proses pemindahan berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Pasukan operasi kemudiannya bertindak mengepung kawasan tersebut dan berjaya menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 36 hingga 43 tahun. Manakala selebihnya melarikan diri dengan menyeberangi semula Sungai Golok ke arah sempadan Thailand.

Dalam operasi tersebut, pihak berkuasa turut merampas 32 ekor lembu yang dipercayai cuba diseludup tanpa sebarang dokumen sah. Turut disita ialah sebuah lori jenis Isuzu, sebuah kereta Proton Saga dan lima buah motosikal.

Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan mencecah RM448,350.

Laporan polis berhubung rampasan haiwan ternakan itu telah dibuat di Balai Polis Lubok Stol. Kesemua haiwan rampasan kemudiannya diserahkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.

Pihak tentera memaklumkan bahawa operasi kawalan sempadan akan terus dipergiatkan bagi membanteras aktiviti penyeludupan yang boleh menjejaskan keselamatan dan ekonomi negara.

BACA JUGA:  KPM beri kerjasama penuh siasatan kes Zara Qairina
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...