KUALA LUMPUR – Menjelang Hari Raya Aidilfitri, ramai menimbulkan persoalan mengenai lokasi yang sah untuk membayar zakat fitrah.
Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, zakat fitrah boleh dibayar mengikut tempat seseorang berada pada waktu wajib, iaitu malam sebelum 1 Syawal.
“Jika kita bekerja di Kuala Lumpur tetapi berada di Kelantan pada malam wajib, maka zakat boleh dibayar di Kelantan.
“Sebaliknya, menghantar zakat untuk dibayar di negeri asal melalui dalam talian tanpa berada di sana adalah tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kuliah baru-baru ini.
Ustaz Azhar turut menegaskan bahawa hanya zakat fitrah diberikan kelonggaran ini, manakala jenis zakat lain perlu dibayar mengikut ketetapan asal tanpa pindahan lokasi.
Tambahnya, hanya zakat fitrah dibenarkan dibayar di tempat asal sekiranya seseorang pulang beraya di kampung, manakala jenis zakat lain tidak dibenarkan dipindahkan. -MYBERITA

