Air ‘kopi o’ keluar dekat paip, isu air Machang kembali hangat

KUALA LUMPUR – Masalah bekalan air kotor di Machang yang dilaporkan sejak bulan Ramadan lalu didakwa masih berlarutan sehingga kini, sekali gus menjejaskan kegunaan harian penduduk setempat.

Isu tersebut tular selepas satu video dimuat naik oleh pengguna Threads dikenali sebagai @teohwoei, memaparkan keadaan air paip di sebuah rumah penduduk yang kelihatan gelap dan keruh, berbeza daripada keadaan biasa.

Dalam video berkenaan, seorang penduduk dikenali sebagai Mek Ya menunjukkan air yang mengalir dari paip rumahnya berwarna seperti minuman pekat, sekali gus mencetuskan kebimbangan orang ramai.

“Raya punya pasal… dah ‘upgrade’ dari teh tarik kepada kopi O kaw. Semoga dipermudahkan segala urusan orang Kelantan,” tulis pengguna itu secara berseloroh.

Menurut Mek Ya, keadaan air tersebut mula berlaku sejak hari raya ketiga lalu. Malah, beliau turut berseloroh menjemput orang ramai datang beraya ke rumahnya untuk melihat sendiri keadaan air yang disifatkan sebagai ‘istimewa’ itu.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata meluahkan rasa kecewa dan mendesak tindakan segera daripada pihak berwajib, khususnya Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Sebahagian pengguna turut berseloroh mengenai situasi itu, namun tidak kurang juga yang meluahkan kebimbangan terhadap kesihatan dan keselamatan penduduk.

“Harap pihak bertanggungjawab segera tampil beri penjelasan dan selesaikan isu ini. Bimbang jika ada masalah teknikal yang lebih serius,” kata seorang pengguna.

Penduduk berharap masalah bekalan air bersih di kawasan itu dapat diselesaikan segera bagi memastikan kesejahteraan dan keselesaan kehidupan harian mereka tidak terus terjejas. – MYBERITA

BACA JUGA:  Jijik! Restoran di Seremban didakwa 'cuci semula' sisa makanan pelanggan
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...