Selasa | 27/10/2026 | 5:37:29 pm
HomeJenayahCinta ditolak dipercayai antara punca Irene Sofiya dibunuh

Cinta ditolak dipercayai antara punca Irene Sofiya dibunuh

BATU PAHAT – Hasrat seorang pelajar Tingkatan Empat untuk mengikut jejak arwah ibunya menjadi doktor tidak kesampaian apabila remaja berusia 16 tahun itu ditemukan maut dalam keadaan berlumuran darah di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, kelmarin.

Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal atau mesra dipanggil Fiya dikenang keluarganya sebagai pelajar yang amat mementingkan pendidikan dan sering mencatat keputusan cemerlang di sekolah.

Ibu saudara mangsa, Siti Nur Faeza Khyar, 45, berkata anak saudaranya itu mempunyai impian besar dalam bidang perubatan dan mahu memberikan sepenuh perhatian terhadap pelajaran.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 27 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|