- Menurut Siti Nurhaliza, 46, penerimaan baginda terhadap lagu tersebut membuktikan bahawa karya tempatan mempunyai daya tarikan setanding muzik antarabangsa dan mampu menembusi pasaran global.
- Kita mampu menembusi pasaran antarabangsa, cuma mungkin kurang diberi pendedahan.
- “Sebab itu, apabila bertanding di luar negara, kita selalu mendapat perhatian dan sering membawa pulang kejayaan.
- Semalam (Selasa), baru saya tahu tentang perkara ini.
Anta Permana tarikan Raja Charles III, bukti muzik tempatan bertaraf antarabangsa
– MYBERITA
RINGKASAN BERITA
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.
KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menyifatkan pemilihan lagu Anta Permana sebagai antara pilihan Raja Britain, Raja Charles III sebagai satu penghormatan besar terhadap muzik tempatan.
Menurut Siti Nurhaliza, 46, penerimaan baginda terhadap lagu tersebut membuktikan bahawa karya tempatan mempunyai daya tarikan setanding muzik antarabangsa dan mampu menembusi pasaran global.
“Komposer kita sebenarnya hebat. Kita mampu menembusi pasaran antarabangsa, cuma mungkin kurang diberi pendedahan.
“Sebab itu, apabila bertanding di luar negara, kita selalu mendapat perhatian dan sering membawa pulang kejayaan.
“Lenggok Melayu ini sangat sedap didengar. Alhamdulillah, saya anggap ini satu penghormatan. Tak sangka, dalam banyak lagu, terselit satu karya dari Malaysia,” katanya.
Tambah pelantun Cindai itu, beliau pada mulanya terkejut dan menyangka berita tersebut sekadar gurauan atau berita palsu.
“Saya berterima kasih atas penghargaan ini. Semalam (Selasa), baru saya tahu tentang perkara ini. Mula-mula macam tak percaya, ingatkan kena tipu.
“Tapi pihak Apple Music sendiri mengesahkan, malah Universal Music turut memaklumkan perkara sama.
“Alhamdulillah, saya gembira kerana lagu dari Malaysia terpilih menjadi antara pilihan Raja Britain,” ujarnya pada majlis pelancaran single baharunya, Raya Nak Ke Mana?, di sini semalam.
Terdahulu, lagu Anta Permana telah dimasukkan dalam senarai muzik pilihan Raja Charles III sempena sambutan Hari Negara-Negara Komanwel.
- Iklan -

